WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya semalam membuat 24 serangan termasuk empat di Fallujah, Iraq dalam usaha pihak bersekutu menawan semula bandar itu.
Satu kenyataan tentera bersekutu yang mengetuai operasi itu hari ini berkata, serangan di barat ibu kota ini mengenai tiga unit taktikal IS dan dua terowong digunakan kumpulan itu serta empat kenderaan, sebuah meriam, stor senjata dan tiga posisi tempur kumpulan itu.
Serangan lain termasuk lima berhampiran Mosul, bandar di mana tentera Iraq bersama sokongan tentera bersekutu berusaha mengambil alih kawalan di rantau utara negara itu.
Pasukan Tugas Khas Bersama berkata, sasaran mereka termasuk bandar berhampiran di Habbaniya, Haditha, Hit, Qayyara, Sinjar, Sultan Abdalla dan Tal Afar. Secara berasingan, lima serangan diketuai AS berhampiran empat bandar antara lain turut mengenai unit tempur IS. - Reuters